Quantcast
Channel: dia dyanzakhi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51

Kedegilan P.Pinang Guna Tema Merdeka Sendiri

$
0
0


30 Ogos 2015 – Salam. Sejak bulan merdeka ni. Terasa taksub utk mengupas isu-isu tanah air utk perkongsian bersama. Apa guna jadi rakyat Malaysia kalau ada sifat tak nak ambil tahu. Ambil tahu shj ea, bkn ambil tindakan.

Baru-baru ni kita didedahkan dgn isu Kerajaan Negeri Pulau Pinang yg menggunakan slogan lain drpd tema yg ditentukan Kerajaan Persekutuan iaitu “Sehati Sejiwa”. Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sgt lah keterlaluan krn sengaja menimbulkan provokasi. Walaupun Pulau Pinang dikuasai DAP mereka tak patut menggunakan slogan lain, “Bersih, Cekap dan Amanah” sebagai tema utk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-58 utk tahun ini. 

Semua parti politik sepatutnya meraikan tema kemerdekaan yg sama bersama-sama. Dari sinilah akan timbul sifat patriotisme dan sbg simbol kedaulatan negara. Tak kiralah Malaysia dlm keadaan apa pun, walaupun berlainan parti politik, mereka tak patut menggunakan tema berasingan sbb Malaysia bukanlah negara republik. 


Lim Guan Eng sengaja mengambil kesempatan didalam kesempitan disaat negara tengah gawat. Pulau Pinang masih berada dibawah Malaysia dan mereka tak wajar utk  membuat undang-undang sendiri. Apa yg merisaukan aku, apakah maksud tersirat mereka utk besar kepala dan terus berdegil?. Adakah mereka rasa megah kerana telah menguasai Pulau Pinang dan berusaha utk menarik Pulau Pinang pula keluar dari Malaysia seperti Singapura dulu. 

Banyak persoalan yg bermain kat fikiran ni. Tak sanggup rasanya bila memikirkan negara semakin berkecamuk dgn tindakan org-org yg mengambil kesempatan. Apa pun doakan Malaysia. Terima Kasih kerana luangkan masa membaca. :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 51