16 Julai 2016 - Salam selamat malam buat awak awak yang tengah tgk berita tu.. hehe.. Malam ni, mood aku rajin nak buat entry.. Even aku punya lappy ada problem, aku sebat lappy adik aku kejap.. Nasib dia tak guna mlm ni.. Berbalik kpd tajuk entry kita, baru-baru ni, majlis pertunangan aku dh pun berlangsung raya ke 2 hari tu.. 7-7-2016.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. Cuma majlis kecil-kecilan, DIY.. Daripada pelamin, hantaran, makeup, sampailah ke jamuan makan semuanya prepare sendiri..
**maaf lah terlebih putih masa ni, bukan sbb tuan, tapi lighting**
Sebenarnya E-day kali ni agak mengejut, rancangnya hujung bulan 12, tapi entah mcm mana boleh jadi awal.. Ape pun, perancangan Allah tu lg baik.. Bila nak bertunang ni ramai yg kata, "eh kau tak takut ke ujian bertunang?""kalau putus tgh jalan mcm mana?".. Biasalah masing-masing ada pandangan sendiri.. Tapi pertunangan ni bagi aku niatnya nak kenalkan keluarga pihak lelaki dgn pihak perempuan.. Dan aku nk jd kan perhubungan tu lebih serious, tak de dah nk tukar-tukar pasangan..
One step closer?? Selalu dah caption mcm ni org guna bila upload gmbr tunang.. Bila dah bertunang ni, kena tetapkan hati la, gaduh tu biasa.. Sometime kita kena mengalah, dan pasangan pun kena sabar dgn mood gegurl yg emosi berubah rubah ni.. huhu.. *pic atas ni gmbr bakal mak mertua aku, insyaAllah.. Bila kita dh serious nk pilih seseorang tu, restu dari mak ayah tu penting.. Buat masa ni, berkat restu org tua ada, dan bila aku perhati betul-betul, semua urusan pertunangan aku jadi mudah*
Aku selalu yakin bila Dia dh tetapkan sesuatu utk aku, mesti benda tu terbaik utk aku.. Tak kisah lah part belajar ke, kwn-kwn ke, perjalanan hidup ke.. Even mula-mula stress, tak suka.. at the end, bersyukur sendiri.. Dulu aku pernah cakap "tak nak lah tunang ada majlis, nak mak ayah dia je dtg hantar cincin".. masa tu aku tak tau, tup tup.. buat majlis.. Ye lah, nak jamu orang makan, bila pihak lelaki dtg ramai nak kenal keluarga kita, so aku sambut dgn sng hati.. Org nak dtg rumah kita cara baik, tak salah utk aku bt majlis kecilan utk meraikan tetamu dtg.. kan..
Actually pihak lelaki yg dtg ada lah dlm 10 biji kereta, encik tunang pulak anak bongsu.. huhu.. meriah lah sikit.. Jamuan hari tu, air tebu, bihun sup, nasi impit kuah kacang, agar-agar, kuih raya.. Kuih raya tu wajib ada, maklum lah, mood raya tu tak hilang lagi kan sbb nya baru second day raya.. Kalau hari ni, ada bekas kuih raya yg dh kosong.. hehe..
Aku selalu harap, rezeki kami dimurahkan.. Ye lah, nak menyimpan utk majlis besar nnt.. Rancangnya insyaAllah tahun depan.. Semoga jodoh kami dipermudahkan.. amin..
p/s : terima ksh krn sudi membaca blog saya.. :)
