Quantcast
Channel: dia dyanzakhi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 51

Keanehan Pulau Socotra

$
0
0


17 September 2015 – Salam. Hai. Pernah tak korang tau tentang sebuah pulau yg dinamakan Socotra? Aku pernah terbaca tentang pulau pelik bin ajaib ni dekat surat khabar dulu. Dan rasa tak percaya ada jugak tempat macam alien dekat muka bumi ni. Kalau korang nak tau Pulau Socotra ni merupakan sebahagian kepulauan yg terletak di lautan hindi. Dan berada dkt dgn Yaman. Landskap Pulau Socotra kelihatan seperti dalam sebuah filem sains fiksyen namun sebenarnya pulau ini benar-benar wujud.

Pulau Socotra begitu terpencil dan tidak membangun serta begitu sedikit kemudahan seperti jalan raya namun, pulau ini menarik ramai para pelancong asing utk menjelajah pulau tersebut kerana memiliki lanskap unik dan menyimpan khazanah botani yg berusia jutaan tahun. Terdapat kira-kira 800 spesies flora dan fauna yg jarang ditemui ditempat lain hidup di kepulauan Socotra. Pulau yg mempunyai 40,000 penduduk ini telah mendapat anugerah daripada UNESCO sbg tapak warisan dunia krn ciri-ciri geografi yg sgt asing selepas Galapos.


Apa yg menarik lagi, tiada spesies amfibia dan cuma ada satu spesies mamalia iaitu kelawar disana. Kebanyakanya adalah dari spesies reptilia sebanyak 90 peratus menghuni pulau tersebut seperti cicak dan sesumpah. Apa yg paling menarik minat aku pasal pulau ni ialah pokok pelik kat gambar atas sekali tu, pokok tu dinamakan ‘’Dragon Blood Trees’’. Bila diterjemahkan jadi pokok darah naga. 
 -__-  Huduh pulak bunyinya. Hehe. Okaylah, sedkt shj info utk dikongsi hari ni. Terima kasih krn sudi membaca. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 51